Saturday 29 October 2011

Before Negeri Sembilan v.s Terengganu ?

Pendapatku . Hobin Jang Hobin kemungkinan akan tewas di tangan Si Penyu ini . Dari segi analisis rekod pertemuan perlawanan kedua - dua pasukan agak seimbang . Tapi pada pendapatku . Terengganu akan menjuarai Piala Malaysia 2011 kerana corak permainan konsisten mereka , dengan kelebihan di jentera serangan pantas mereka serta 'control ball' mereka yang amat memberansangkan . Selain itu , Terengganu juga sudah lama tidak memenangi Piala Malaysia ini , jadi pemain - pemain mereka akan lebih bersemangat untuk menewaskan Negeri Sembilan di pentas final nanti . Tetapi , Negeri Sembilan apa kurangnya mereka juga layak menjuarainya kerana pemain - pemain mereka cukup hebat berbanding pemain Terengganu .

Pilihan aku . Terengganu 2 - 1 Negeri Sembilan . 

Ini hanya pendapatku . tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun sudah tiada . hehe .
Mohon maaf sekiranya tersalah bicara . Peace No Wars ! Waalaikumussalam .

Al-Quran

Assalamualaikum . Sebagai seorang Islam . Apa salahnya aku menaip tentang kalam Allah yang teragung ini iaitu " Al - Quran ' , mungkin dalam kehidupan seharian ini kita jarang menyentuh,membacanya dan memahami isi kandunganya tidak sama sekali , tapi percayalah suatu hari nanti semua manusia di muka bumi ini akan terkejar - kejar ingin mempelajarinya termasuk aku sendiri :) 



Al-Quran merupakan kitab suci Allah yang diturunkan oleh Allah kepada umat Islam untuk dijadikan panduan atau petunjuk yang lengkap merangkumi segala aspak kehidupan seperti akidah , syariah , ibadah , akhlak , hukum hakam , ilmu pengetahuan dan sebagainya .
- Diturunkan beransur - ansur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari .
- Mengandungi 30 juzuk , 114 surah dan 6236 ayat .
- Ayat pertama , Al - Alaq 1-5 .

Conclusion ;
Pesan Ibu Bapaku "Bacalah dan fahamilah Al-Quran wahai Syazwan Akmal Badran " .

Coretan Pertamaku

Hm ! Alhamdullillah bersyukur kepada Allah Subahanaallahtaala kerana sehingga hari ini aku masih diberi peluang untuk meneruskan kehidupan duniawi yang sementara ini . Matters are determined by intention . Pada mulanya aku sememangnya tiada niat dan tidak terdetik pun di fikiranku untuk menceburi atau menulis sekalipun dalam laman sesawang ini . Tetapi apakan daya minatku terhadap penulisan sejak di bangku sekolah telah mengerakkan aku untuk menulis di 'blog' ini walaupun gaya penulisanku tidak sehebat 'bloggers' yang lain . Uh ! Bukan niat untuk ' Show Off ' , tapi lebih kepada pengalaman kehidupanku , pendapatku dan pengetahuan yang aku ketahui untuk berkongsi bersama . Di sini , aku mengalu - alukan kehadiran sesiapa sahaja untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan .
Sekian sahaja . Peace No War ! Wasalamualaikum .